显示标签为“BM”的博文。显示所有博文
显示标签为“BM”的博文。显示所有博文

2017年3月22日星期三

SPM Contoh Karangan Respons Terbuka (Kertas 1 Bahagian B ) - Cara -cara menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia

这篇作文是我朋友在考SPM前练习所写的。经过他的允许后,我决定把这篇文章给分享出来。在此,我也非常感激这位Facebook名为Kai Yang的朋友!(我们其实很熟xD
Karangan ini ditulis oleh kawan saya sebelum SPM sebagai satu latihan. Selepas mendapat kebenarannya, saya membuat keputusan untuk berkongsi dengan anda semua. Dengan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kawan ini yang bernama Kai Yang dalam social media Facebook!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara -cara menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia

Era pascakemerdekaan yang mencabar minda dan akal kita telah menyebabkan roda pembangunan nusa tercinta kita bergerak dengan pantas bagai lipas kudung bagi menggapai hasrat negara untuk duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan persada antrabangsa. Namun begitu, hasrat ini masih berjauhan dengan realiti kerana rakyat Malaysia senantiasa mengagung-agungkan barangan import yang mahal walaupun barangan buatan Malaysia berkualiti dan berharga murah. Isu ini telah menjadi bahan polemik di dada-dada akhbar arus perdana dan pihak media massa juga mengambil peluang ini untuk menwara-warakan isu ini. Persoalannya, apakan mekanisme-mekanisme yang efektif untuk mengalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia?  

Bak kata mutiara “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, masyarakat alaf modenisasi ini tidak mengetahui kebaikan dan kepentingan membeli barangan buatan Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan (KPNKP) seyogia mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan membeli barangan buatan Malaysia dan mengalakkan kempen kesedaran tersebut diadakan berterusan. Tamsilnya, pihak kerajaan haruslah melancarkan kempen kesedaran bertemakan “Jom belilah barangan buatan Malaysia”. Pada waktu yang sama, kempen kesedaran ini perlulah dikendalikan oleh agensi atau badan-badan berkuasa atau pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman supaya dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat Malaysia. Impaknya, masyarakat Malaysia dapat menerima hakikat yang menerangkan barangan buatan Malaysia lebih baik daripada barangan import. Sesungguhnya, kempen yang berterusan haruslah dilancarkan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat Malaysia.  

Jika ditelusuri lagi, barangan-barangan buatan Malaysia yang mempunyai kualiti yang setaraf dengan barangan import juga akan menjadi pilihan domain untuk rakyat jati Malaysia kerana harga barangan Malaysia lebih murah berbanding dengan barangan import. Oleh itu, pihak yang berwajib dan badan bukan kerajaan(NGO) haruslah meningkatkan kualiti barangan buatan Malaysia. Sebagai contoh, Syarikat Kasut Bata yang berusaha untuk meningkatkan kualiti kasut dan akhirnya dapat pengiktirafan persada tujuh benua dunia kerana hasil rekaan dan kualiti yang menarik dan dianugerahkan sebagai kasut terbaik di Itali. Natijahnya, kepercayaan anak jati Malaysia terhadap barangan buatan Malaysia dapat diperkukuh di samping juga mendapat kepercayaan orang asing, bak kata pepatah sambil berdiang, nasi masak. Tegasnya, kualiti barangan buatan Malaysia yang baik akan mendapat sambutan di pasaran sendiri dan antarabangsa.  

Bak kata pepatah "muafakat membawa berkat", syarikat-syarikat buatan barangan Malaysia haruslah memperluas perniagaan dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia hanya mempercayai barangan yang diiktirafkan di persada dunia. Sebagai contoh, kerjasama antara Negara Komanwel atau (OIC) dan juga negara-negara pengeluar minyak haruslah ditingkatkan supaya barangan buatan Malaysia mempunyai kualiti dan jaminan antarabangsa. Implikasianya, hubungan kolaboratif antara negara lain dengan negara Malaysia dapat diperkukuh di samping menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap barangan buatan Malaysia. Tuntasnya, perniagaan barangan buatan Malaysia haruslah diperluas untuk mencapai hasrat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjadi negara sebagai negara industri yang maju.  

Sebagai penghias penutup bicara, barangan buatan Malaysia yang setanding dengan barangan buatan import haruslah dibeli oleh penduduk tanah tercinta ini. Oleh hal yang demikian, segenap strata masyrakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyeru rakyat Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia. Wahai generasi Malaysia yang dapat merealisaiskan wawasan 2020, semoga semangat habis kapak berganti beliung ada dalam minda dengan menyokong barangan buatan Malaysia untuk melahirkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukankah barangan buatan Malaysia menrupakan kebanggaan kita? Sokonglah Jenama Barangan Malaysia! Malaysia Boleh!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

如有意见,欢迎留言!愿你从中获益。谢谢!
Jika anda mempunyai pendapat terhadap karangan ini, sila komen di bawah! Harap anda dapat mendapat manfaat daripada karangan ini. Terima kasih!

2017年3月13日星期一

国文范文 Contoh Karangan BM - Kebaikan Program Rumah Terbuka

这篇作文是我在Form 3的时候写的PMR作文。
我是PMR最后第二batch的考生,所以不是很清楚PT3的格式。
这篇作文谈不上PT3的范文(格式不同,或许需求不同),也谈不上SPM范文 (对Bahagian A来说太多字,对Bahagian B来说太少字)
但是,拿来读读参考也无妨,毕竟作文来来去去都是跑不掉一些需要的元素的。
如果不嫌我文笔粗糙,敬请细读,如有意见,欢迎留下。谢谢!

[Saya menulis karangan ini sebagai karangan PMR semasa saya masih seorang pelajar Tingkatan 3.
Oleh sebab saya ialah seorang calon PMR, saya tidak mengetahui format PT3.
Karangan ini tidak boleh dikira sebagai contoh karangan PT3 (format berbeza, mungkin permintaan berbeza) dan tidak boleh dikira sebagai contoh karangan SPM (bagi Bahagian A, terlalu banyak perkataan, bagi Bahagian B, perkataan tidak mencukupi)
Walau bagaimanapun, karangan ini boleh dijadikan sebagai rujukan kerana penulisan karangan masih menekankan beberapa unsur yang diwajibkan untuk mendapat gred yang cemerlang.
Sila memberikan komen di bawah jika anda ingin meluahkan komen terhadap karangan ini. Sekian, terima kasih!]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebaikan Program Rumah Terbuka

Rumah terbuka merupakan sesuatu program yang diadakan untuk menjemput orang lain berkunjung ke rumah sendiri demi menyambut sesuatu hari yang penting. Pada zaman pascamodenisasi ini, apabila ketibaan hari perayaan, anggota masyarakat termasuk pembesar-pembesar kabinet negara akan mengadakan rumah terbuka untuk meraihkan hari perayaan tersebut. Media massa tidak ketinggalan untuk menguar-uarkan berita yang berkaitan dengan rumah terbuka. Persoalannya, apakah kebaikan program rumah terbuka? 

Faedah primer mengadakan rumah terbuka ialah ahli masyarakat dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara sesama lain. Hal ini demikian kerana masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dapat memahami budaya dan adat istiadat kaun lain. Sebagai contoh, sebelum pengunjung pergi ke rumah terbuka kaum lain yang mengamalkan budaya yang berlainan, pengunjung itu akan mengambil tahu tentang pantang larang penjemput itu supaya tidak sampai salah adat orang lain. Pendek kata, program rumah terbuka berperanan penting dalam mengeratkan tali silaturahim.

Selain itu, anggota masyarakat dapat menikmati juadah tradisional kaum lain juga salah satu manfaatnya. Hal ini lantaran sesetengah hidangan hanya khusus disediakan untuk menyambut hari perayaan, misalnya kuih bakul hanya disediakan sempena Tahun Baru Cina. Kesannya, anggota masyarakat dapat mengetahui makanan yang halal dan haram bangsa yang lain. Tambahan pula, ini juga dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum. Sudah terang lagi bersuluh, program rumah terbuka membolehkan masyarakat lebih memahami adat tradisional kaum lain. 

Di samping itu, kebaikan yang seterusnya ialah ahli masyarakat dapat berkenal-kenalan dengan jiran tetangga dan memahami mereka dengan lebih mendalam. Hal ini kerana kita akan menghadapi kesukaran untuk bertemu dengan jiran atas kesibukan mengejar kejayaan masing-masing. Impaknya, melalui rumah terbuka, semangat kejiranan dapat diperkukuh. Tuntasnya, program rumah terbuka dapat mengekalkan pertalian antara satu sama lain.

Selanjutnya, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk  bertemu dengan pemimpin melalui program rumah terbuka. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan pemimpin akan mengadakan rumah terbuka semasa hari perayaan dan beramah mesra dengan rakyat tempatan. Sebagai contoh, pemimpin akan memberikan angpau kepada hadirin dan berbual-bual dengan mereka.Hal ini menyebabkan rakyat akan lebih memahami sikap dan corak pentadbiran pemimpin. Hal ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk memenangi pilihan raya kerana akan mendapat sokongan rakyat. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Secara intiha, pelbagai pihak haruslah menjauhi sikap yang diibaratkan seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengamalkan tabiat ini. Langkah yang jitu dan intensif haruslah dilaksanakan untuk menjayakan program rumah terbuka. Usaha yang dilaksanakan janganlah hangat-hangat tahi ayam supaya tidak diakhiri seperti mencurahkan air ke daun keladi. Dengan ini masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan terjamin. 


 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

谢谢阅读!愿你从中获益!^^
(Terima kasih! Harap anda mendapat manfaat daripada karangan ini!^^)