2017年3月13日星期一

国文范文 Contoh Karangan BM - Kebaikan Program Rumah Terbuka

这篇作文是我在Form 3的时候写的PMR作文。
我是PMR最后第二batch的考生,所以不是很清楚PT3的格式。
这篇作文谈不上PT3的范文(格式不同,或许需求不同),也谈不上SPM范文 (对Bahagian A来说太多字,对Bahagian B来说太少字)
但是,拿来读读参考也无妨,毕竟作文来来去去都是跑不掉一些需要的元素的。
如果不嫌我文笔粗糙,敬请细读,如有意见,欢迎留下。谢谢!

[Saya menulis karangan ini sebagai karangan PMR semasa saya masih seorang pelajar Tingkatan 3.
Oleh sebab saya ialah seorang calon PMR, saya tidak mengetahui format PT3.
Karangan ini tidak boleh dikira sebagai contoh karangan PT3 (format berbeza, mungkin permintaan berbeza) dan tidak boleh dikira sebagai contoh karangan SPM (bagi Bahagian A, terlalu banyak perkataan, bagi Bahagian B, perkataan tidak mencukupi)
Walau bagaimanapun, karangan ini boleh dijadikan sebagai rujukan kerana penulisan karangan masih menekankan beberapa unsur yang diwajibkan untuk mendapat gred yang cemerlang.
Sila memberikan komen di bawah jika anda ingin meluahkan komen terhadap karangan ini. Sekian, terima kasih!]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebaikan Program Rumah Terbuka

Rumah terbuka merupakan sesuatu program yang diadakan untuk menjemput orang lain berkunjung ke rumah sendiri demi menyambut sesuatu hari yang penting. Pada zaman pascamodenisasi ini, apabila ketibaan hari perayaan, anggota masyarakat termasuk pembesar-pembesar kabinet negara akan mengadakan rumah terbuka untuk meraihkan hari perayaan tersebut. Media massa tidak ketinggalan untuk menguar-uarkan berita yang berkaitan dengan rumah terbuka. Persoalannya, apakah kebaikan program rumah terbuka? 

Faedah primer mengadakan rumah terbuka ialah ahli masyarakat dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara sesama lain. Hal ini demikian kerana masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dapat memahami budaya dan adat istiadat kaun lain. Sebagai contoh, sebelum pengunjung pergi ke rumah terbuka kaum lain yang mengamalkan budaya yang berlainan, pengunjung itu akan mengambil tahu tentang pantang larang penjemput itu supaya tidak sampai salah adat orang lain. Pendek kata, program rumah terbuka berperanan penting dalam mengeratkan tali silaturahim.

Selain itu, anggota masyarakat dapat menikmati juadah tradisional kaum lain juga salah satu manfaatnya. Hal ini lantaran sesetengah hidangan hanya khusus disediakan untuk menyambut hari perayaan, misalnya kuih bakul hanya disediakan sempena Tahun Baru Cina. Kesannya, anggota masyarakat dapat mengetahui makanan yang halal dan haram bangsa yang lain. Tambahan pula, ini juga dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum. Sudah terang lagi bersuluh, program rumah terbuka membolehkan masyarakat lebih memahami adat tradisional kaum lain. 

Di samping itu, kebaikan yang seterusnya ialah ahli masyarakat dapat berkenal-kenalan dengan jiran tetangga dan memahami mereka dengan lebih mendalam. Hal ini kerana kita akan menghadapi kesukaran untuk bertemu dengan jiran atas kesibukan mengejar kejayaan masing-masing. Impaknya, melalui rumah terbuka, semangat kejiranan dapat diperkukuh. Tuntasnya, program rumah terbuka dapat mengekalkan pertalian antara satu sama lain.

Selanjutnya, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk  bertemu dengan pemimpin melalui program rumah terbuka. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan pemimpin akan mengadakan rumah terbuka semasa hari perayaan dan beramah mesra dengan rakyat tempatan. Sebagai contoh, pemimpin akan memberikan angpau kepada hadirin dan berbual-bual dengan mereka.Hal ini menyebabkan rakyat akan lebih memahami sikap dan corak pentadbiran pemimpin. Hal ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk memenangi pilihan raya kerana akan mendapat sokongan rakyat. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Secara intiha, pelbagai pihak haruslah menjauhi sikap yang diibaratkan seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengamalkan tabiat ini. Langkah yang jitu dan intensif haruslah dilaksanakan untuk menjayakan program rumah terbuka. Usaha yang dilaksanakan janganlah hangat-hangat tahi ayam supaya tidak diakhiri seperti mencurahkan air ke daun keladi. Dengan ini masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan terjamin. 


 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

谢谢阅读!愿你从中获益!^^
(Terima kasih! Harap anda mendapat manfaat daripada karangan ini!^^)


1 条评论: