这篇作文是我朋友在考SPM前练习所写的。经过他的允许后,我决定把这篇文章给分享出来。在此,我也非常感激这位Facebook名为Kai Yang的朋友!(我们其实很熟xD)
Karangan ini ditulis oleh kawan saya sebelum SPM sebagai satu
latihan. Selepas mendapat kebenarannya, saya membuat keputusan untuk berkongsi
dengan anda semua. Dengan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kawan
ini yang bernama Kai Yang dalam social media Facebook!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara -cara menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia
Era pascakemerdekaan yang mencabar minda dan akal kita telah
menyebabkan roda pembangunan nusa tercinta kita bergerak dengan pantas
bagai lipas kudung bagi menggapai hasrat negara untuk duduk
sama rendah, diri sama tinggi dengan persada antrabangsa. Namun
begitu, hasrat ini masih berjauhan dengan realiti kerana rakyat Malaysia
senantiasa mengagung-agungkan barangan import yang mahal walaupun barangan
buatan Malaysia berkualiti dan berharga murah. Isu ini telah menjadi bahan
polemik di dada-dada akhbar arus perdana dan pihak media massa juga mengambil
peluang ini untuk menwara-warakan isu ini. Persoalannya, apakan
mekanisme-mekanisme yang efektif untuk mengalakkan masyarakat membeli barangan
buatan Malaysia?
Bak kata mutiara “Tak Kenal Maka Tak Cinta”,
masyarakat alaf modenisasi ini tidak mengetahui kebaikan dan kepentingan
membeli barangan buatan Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan iaitu Kementerian
Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan (KPNKP) seyogia mengadakan
kempen kesedaran tentang kepentingan membeli barangan buatan Malaysia dan
mengalakkan kempen kesedaran tersebut diadakan berterusan. Tamsilnya, pihak
kerajaan haruslah melancarkan kempen kesedaran bertemakan “Jom belilah barangan
buatan Malaysia”. Pada waktu yang sama, kempen kesedaran ini perlulah
dikendalikan oleh agensi atau badan-badan berkuasa atau pihak badan bukan
kerajaan (NGO) yang berpengalaman supaya dapat memberikan keyakinan kepada
masyarakat Malaysia. Impaknya, masyarakat Malaysia dapat menerima hakikat yang
menerangkan barangan buatan Malaysia lebih baik daripada barangan import.
Sesungguhnya, kempen yang berterusan haruslah dilancarkan untuk meningkatkan
keyakinan masyarakat Malaysia.
Jika ditelusuri lagi, barangan-barangan buatan Malaysia yang
mempunyai kualiti yang setaraf dengan barangan import juga akan menjadi pilihan
domain untuk rakyat jati Malaysia kerana harga barangan Malaysia lebih murah
berbanding dengan barangan import. Oleh itu, pihak yang berwajib dan badan
bukan kerajaan(NGO) haruslah meningkatkan kualiti barangan buatan Malaysia.
Sebagai contoh, Syarikat Kasut Bata yang berusaha untuk meningkatkan kualiti
kasut dan akhirnya dapat pengiktirafan persada tujuh benua dunia kerana hasil
rekaan dan kualiti yang menarik dan dianugerahkan sebagai kasut terbaik di
Itali. Natijahnya, kepercayaan anak jati Malaysia terhadap barangan buatan
Malaysia dapat diperkukuh di samping juga mendapat kepercayaan orang asing, bak
kata pepatah sambil berdiang, nasi masak. Tegasnya, kualiti
barangan buatan Malaysia yang baik akan mendapat sambutan di pasaran sendiri
dan antarabangsa.
Bak kata pepatah "muafakat membawa berkat",
syarikat-syarikat buatan barangan Malaysia haruslah memperluas perniagaan
dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Hal ini demikian
kerana rakyat Malaysia hanya mempercayai barangan yang diiktirafkan di persada
dunia. Sebagai contoh, kerjasama antara Negara Komanwel atau (OIC) dan juga
negara-negara pengeluar minyak haruslah ditingkatkan supaya barangan
buatan Malaysia mempunyai kualiti dan jaminan antarabangsa.
Implikasianya, hubungan kolaboratif antara negara lain dengan negara Malaysia
dapat diperkukuh di samping menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap barangan
buatan Malaysia. Tuntasnya, perniagaan barangan buatan Malaysia haruslah
diperluas untuk mencapai hasrat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk
menjadi negara sebagai negara industri yang maju.
Sebagai penghias penutup bicara, barangan buatan Malaysia yang
setanding dengan barangan buatan import haruslah dibeli oleh penduduk tanah
tercinta ini. Oleh hal yang demikian, segenap strata masyrakat haruslah
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyeru rakyat
Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia. Wahai generasi Malaysia yang dapat
merealisaiskan wawasan 2020, semoga semangat habis kapak berganti
beliung ada dalam minda dengan menyokong barangan buatan Malaysia
untuk melahirkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukankah
barangan buatan Malaysia menrupakan kebanggaan kita? Sokonglah Jenama Barangan
Malaysia! Malaysia Boleh!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
如有意见,欢迎留言!愿你从中获益。谢谢!
Jika anda mempunyai
pendapat terhadap karangan ini, sila komen di bawah! Harap anda dapat mendapat
manfaat daripada karangan ini. Terima kasih!